Monday, 27 July 2009

Amaran Angin Kencang Hingga Rabu

Angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan utara perairan Condore, Reef North, Pulau Layang-layang dan Palawan (Utara Sabah) dari 27 Julai 2009 hingga 29 Julai 2009.
.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.
.
Sumber: Bernama

Gempa Bumi di Sumatera

JAKARTA 27 Julai 2009 - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.1 telah berlaku di perairan wilayah Bengkulu, kepualaun Sumatera di sebelah barat negara ini pagi ini.
.
Gempa itu berlaku pada pukul 7.10 pagi dan berpusat di 73 KM barat daya Bintuhan wilayah Bengkulu serta pada kedalaman 57 KM di bawah dasar laut, kata pegawai Agensi Meteorologi dan Geografi, Hendra Rahman kepada agensi berita Xinhua.
.
Sumber: Bernama

IPU - 26 Julai 2009

Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi 26 Julai 2009 seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Angka pertama bagi bacaan 11:00 pagi; angka kedua bagi 5:00 petang.

Pasir Gudang, Johor – 62 / 60

Alor Setar – 52 / 54

Pengkalan Chepa, Kelantan – 53 / 56

Bandar Raya Melaka – 36 / 48

Port Dickson, Negeri Sembilan – 51 / 53

Seri Manjung, Perak – 89 / 74

Kangar, Perlis – 34 / 35

Perai, Pulau Pinang – 48 / 48

Kota Kinabalu, Sabah – 28 / 28

Keningau, Sabah – 55 / 55

Kuching, Sarawak – 28 / 23

Sri Aman, Sarawak – 35 / 32

Petaling Jaya, Selangor – 56 / 76

Kuala Selangor, Selangor – 67 /63

Pelabuhan Klang, Selangor – 64 / 61

Shah Alam, Selangor – 57 / 81

Thursday, 23 July 2009

IPU - 11:00 pagi, 23 Julai 2009

Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi pukul 11:00 pagi, 23 Julai 2009 seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS):

Pasir Gudang, Johor – 65

Alor Setar – 44

Pengkalan Chepa, Kelantan – 54

Bandar Raya Melaka – 73

Port Dickson, Negeri Sembilan – 80

Seri Manjung, Perak – 56

Kangar, Perlis – 32

Perai, Pulau Pinang – 43

Kota Kinabalu, Sabah – 31

Keningau, Sabah – 48

Kuching, Sarawak – 48

Sri Aman, Sarawak – 55

Petaling Jaya, Selangor – 65

Kuala Selangor, Selangor – 68

Pelabuhan Klang, Selangor – 66

Shah Alam, Selangor – 64

Wednesday, 22 July 2009

Gerhana Matahari

Fenomena gerhana matahari paling “dinantikan” pada abad ke-21 berlaku pada pagi 22 Julai 2009.

Di sekitar Lembah Klang, hujan renyai-renyai sejak lewat malam 21 Julai 2009 menyebabkan gerhana yang berlaku kurang jelas.

Gerhana matahari ini menjadi tumpuan kerana terdapat khabar angin dan ura-ura bahawa ia akan menyebabkan tsunami besar melanda beberapa bahagian dunia.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan mengenai gerhana matahari yang berlaku pada pagi 22 Julai 2009.

Sila KILIK DI SINI untuk laporan mengenai kebimbangan terhadap kejadian gampa bumi dan tsunami.

Gerhana matahari pada 22 Julai 2009 hanya dapat dilihat penduduk di Asia. Ia dilaporkan berlaku selama 6 minit 39 saat di beberapa kawasan.

Pada 11 Julai 1991, gerhana matahari dilaporkan berlaku selama 6 minit 53 saat di sekitar Hawaii dan Amerika Selatan.

Gerhana matahari seterusnya yang boleh mencapai tempoh lebih 6 minit dijangka hanya akan berlaku dalam masa 123 tahun lagi; iaitu pada tahun 2132!

Monday, 20 July 2009

Laporkan Keadaan Jerebu

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keadaan jerebu di tempat tinggal mereka boleh bersikap proaktif dengan tampil memberi maklumat kepada Unit Bencana RTM.

Antara maklumat yang boleh diberikan adalah keadaan jerebu tebal, kegiatan pembakaran terbuka, kebakaran semak dan kualiti udara.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Operasi Unit Bencana RTM di Kuala Lumpur melalui talian 03-22827448 atau KLIK DI SINI untuk maklumat wakil wartawan di seluruh negara.
.
Unit Bencana RTM akan membuat liputan berdasarkan laporan orang ramai; mengikut kesesuaian.

Kualiti Udara Merosot

Kualiti udara di beberapa kawasan Lembah Klang kembali merosot apabila banyak tempat mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dengan bacaan melebihi 70.

Sehingga pukul 11 pagi, 18 Julai 2009, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya melaporkan antara kawasan di Lembah Klang yang menunjukkan IPU sederhana termasuk Country Heights, Kajang (82), Pelabuhan Klang (99), Shah Alam (82), Petaling Jaya (80), Kuala Selangor (93) manakala kawasan Batu Muda dan Cheras masing-masing merekodkan bacaan IPU 81 sementara Putrajaya pula 77.

Menurut laporan JAS lagi, daripada 48 kawasan yang dipantau, 40 kawasan (83 peratus) mencatat bacaan IPU sederhana manakala lapan lagi (16 peratus) menunjukkan IPU baik.

Selain kawasan di Lembah Klang, kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana termasuk di Muar (76) dan Pasir Gudang (73), Johor; Bakar Arang, Sungai Petani (63) dan Alor Setar (66) di Kedah; Port Dickson (68), Nilai (77) dan Seremban (71) di Negeri Sembilan; Seri Manjung (70) dan Tanjung Malim (65) di Perak; dan Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (74).

Lapan kawasan yang mencatat bacaan IPU baik pula termasuk di Sabah - Tawau (47), Sandakan (36), Kota Kinabalu (40); di Sarawak - Sarikei (43), Sri Aman (42), Limbang (38) dan Kuching (47).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sumber: Bernama.com

Monday, 13 July 2009

Laporan Bencana

Jerebu dilaporkan di beberapa kawasan di Lembah Klang pada pagi 13 Julai 2009. Bagaimanapun, kualiti udara dilaporkan bertambah baik menjelang tengah hari.

Sekiranya orang ramai di seluruh negara mempunyai sebarang laporan mengenai jerebu, kebakaran, kualiti udara atau sebarang laporan berkaitan dengannya, sila hubungi Bilik Operasi Unit Bencana RTM.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan nombor telefon wakil di seluruh negara. Jadilah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.