Monday, 20 April 2009

Mohon Restu Orang Ramai



Rancangan “Galeri Perdana @ 1” setiap Isnin, pukul 10:30 malam, di TV1, mulai 20 April 2009 mengkhusus pada operasi liputan Unit Bencana RTM.

Rancangan selama 30 minit ini pada dasarnya memuatkan liputan berita berkaitan bencana alam di dalam dan luar negara. Baca sedikit makluman paling awal DI SINI.

Segala komen mengenai siaran Bencana@1 boleh dikemukakan di blog ini dan komen terpilih akan disiarkan pada episod akan datang.

Penerbitan Bencana@1 ditangani sepenuhnya oleh sekumpulan anak muda yang bersemangat tinggi. Baca sedikit catatan mengenai mereka DI SINI dan DI SINI.

Senarai lengkap tenaga penerbitan Bencana@1 akan dimuatkan di blog ini dalam masa terdekat.

Sila ambil perhatian bahawa maklum balas, komen, sokongan serta cadangan yang dikemukakan oleh para penonton di blog ini mampu menentukan hayat Bencana@1.

Hal ini demikian kerana Bencana@1 pada dasarnya hanya dirancang untuk disiarkan sehingga pertengahan Jun 2009.

Sokongan padu orang ramai sebagai Rakyat yang prihatin pasti boleh membantu memanjangkan hayat rancangan Bencana@1.

Jadi, komen dan sokongan yang diberikan oleh penonton amat bermakna. Malah, komen terpilih akan disiarkan dalam Bencana@1 pada 27 April 2009.

Sementara itu, Bencana@1 pada 20 April 2009 (Isnin), 10:30 malam di TV1 menampilkan Uthaya Sankar SB sebagai penerbit dan pengacara.

Kandungan siaran Episod 1 tertumpu pada rangkuman bencana alam Januari-Mac 2009; serta liputan banjir di Melaka dan Banting, Selangor baru-baru ini.

Jangan terlepas peluang menyaksikan klip khas di hujung siaran!

Orang ramai boleh menyampaikan berita dan maklumat mengenai kejadian bencana alam (seperti banjir, tanah runtuh dan ribut) di tempat masing-masing dengan menghubungi Unit Bencana RTM di talian 03-2282 7448.

Bilik Operasi Unit Bencana RTM di Rumah Eksekutif, Angkasapuri, Kuala Lumpur beroperasi 24 jam sehari.

Unit Bencana RTM juga beroperasi di RTM setiap negeri. Maklumat mengenainya akan dikemas kini di blog ini dari semasa ke semasa.
..

5 comments:

  1. Apakah konsep bencana yang menjadi pegangan? Apakah hanya peristiwa yang membawa kerosakan fizikal dan kematian dikelaskan sebagai bencana?

    Agak payah rasanya bertahan kalau semua bahannya retro sahaja. Kalau sebulan tiada apa-apa berlaku maka bahan yang disiar semuanya bahan sejarah sahaja. Bolehkan menarik minat orang?

    ReplyDelete
  2. Edisi pengenalan Bencana@1 dilihat seperti rancangan yang sudah lama bersiaran.Tak sangka pula baru dimulakan.Tahniah,apa kata panjangkan lagi siaran kepada 1 jam?

    Encik Shahrudin Thamby Chik

    ReplyDelete
  3. Setelah menonton bencana@1 semalam baru saya tahu bahawa unit tersebut memang wujud di RTM. Mungkin ramai lagi penonton yg berfikiran sama seperti saya.Syabas kpd unit ini yang banyak membuat liputan bermanfaat kpd penonton selama ini. teruskan usaha anda. Selain rangkuman sahaja mengenai liputan yg telah dibuat, eloklah kiranya pd masa akan datang dimuatkan juga maklumat dan info berkaitan bencana dan juga sesi temubual dgn pakar yg berhubung kait dgn bencana spt tanah runtuh, banjir, dsb. Cthnya cara utk mengelakkan wabak penyakit ketika bencana dan cara menyelamatkan diri serta siapa yg patut dihubungi dan byk lagi maklumat yg boleh disalurkan kpd penonton. Syabas kpd pengacara dan unit bencana.

    s.logeswari mohan
    bdr puteri, puchong

    ReplyDelete
  4. Sejak kebelakangan ini isu "Ramalan Tsunami 22 Julai 2009" semakin berleluasa di internet ( email, blog, forum dll ). Isu ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat di rantau Asia Tenggara. Tentu sahaja rakyat memerlukan maklumat dan penjelasan yang tepat. Apakah respon Unit Bencana RTM tentang perkara ini?

    Robert.
    Papar, Sabah.

    ReplyDelete
  5. terimakasih kerana atas dasar keprihatinan RTM mengadakan program INFO seperti ini...semoga ianya berguna dan memberi faedah kepada penonton dan menarik lebih ramai penonton lagi menonton TV1 khususnya...
    bravo!
    En Izmeer,Bandar Bukit Raja, Klang

    ReplyDelete

Tidak perlu memberi komen selepas 19 November 2009 kerana Unit Bencana RTM sudah tiada lagi.