Sunday 26 April 2009

Siaran 27 April 2009

Bencana@1 dalam Galeri Perdana@1 pada Isnin, 27 April 2009, 10:30 malam di TV1 antara lain memaparkan pengalaman wartawan Unit Bencana RTM, Lim Fheng Fheng membuat liputan banjir di Bukit Changgang, Banting baru-baru ini, serta rangkuman bencana alam di luar negara oleh Khirjaa Palanisamy.

Untuk makluman, Bencana@1 pada 27 April 2009 merupakan edisi kedua dan terakhir yang diterbitkan oleh [Uthaya Sankar SB].
..
Teruskan berinteraksi menggunakan blog ini.
...

2 comments:

  1. Tahniah kepada RTM kerana menyiarkan Bencana@1
    semoga rancangan ini dapat memberikan liputan terkini di lokasi bencana seluruh negara
    saya yakin Bencana@1 akan menjadi rancangan yang diminati ramai
    SYABAS!

    MOHD. ADHA MOHD. ZAIN
    Kuala Terengganu
    www.myadha.com

    ReplyDelete
  2. Sudah hampir seminggu selepas saya menonton episod ke2 rancangan Unit Bencana RTM. Namun begitu, baru sekarang saya dapat mencuri masa untuk memberi komen serta pandangan saya sebagai penonton di kalangan generasi muda. Saya mulakan dengan memberi ucapan syabas di atas idea produksi serta kandungan berita dokumentasi yang mengupas isu-isu bencana yang berlaku di Malaysia dan juga di luar Negara.

    Namun begitu , terdetik di fikiran saya ketika menonton rancangan tersebut, apakah perbezaan yang ingin di tonjolkan pihak RTM? Ini kerana saya melihat apabila pengacara/penerbit Uthaya Shankar menjalankan tugasnya, saya lihat terpapar di belakang ‘Galeri Perdana’, walaupun ketika itu sebenarnya saya sedar saya sedang menonton rancangan ‘Unit Bencana’. Adakah unit bencana merupakan salah satu unit kecil di bawah galeri perdana? Mengapa saya berpendapat begitu? Ini kerana setelah tamatnya rancangan unit bencana, rancangan berunsurkan sukan pula di pertontonkan dimana saya ingat ianya dinamakan unit sukan walaupun saya sedar ianya rancangan yang berbeza.

    Saya juga ingin memberi cadangan agar pihak produksi dapat menyiarkan kandungan cerita yang lebih dalam. Maksud saya di sini, bukan hanya mendedahkan sesuatu bencana alam, tetapi di waktu yang sama fokus di dalam memberi maklumat lanjut seperti tip-tip menyelamatkan diri apabila berlakunya sesuatu bencana dan lain-lain. Saya juga mengharapkan agar pihak unit bencana juga dapat menyiarkan juga peristiwa-peristiwa bencana yang bukan bersifat alam sebagai contoh ; pilihan bencana di jalan raya yang menjadi topik berita hangat atau pun lebih menarik paparkan peristiwa bencana yang pernah berlaku di negara kita seperti pada 15 September 1995, melibatkan pesawat terhempas di Sabah atau pun bencana alam lama yang lain. Ini selain dapat menghasilkan kandungan cerita yang bukan saja berinformasi malah menghiburkan, ianya juga di harap dapat memberi pendedahan kepada generasi muda tentang bencana yang pernah berlaku di Malaysia pada zaman yang mungkin mereka belum dilahirkan lagi.

    Harapan juga diberikan kepada pihak produksi unit bencana amnya serta pihak RTM khususnya di dalam melakukan perubahan dari segi penyampaian multimedia yang lebih menarik serta yang dapat berdaya saing dengan stesen tv yang lain. Ianya haruslah di lakukan berdasarkan misi RTM ke arah mendigitalkan setiap rancangan yang diterbitkan di bawahnya. Ini haruslah dilakukan dengan serta merta tanpa menunggu penjenamaan semula RTM kelak. Selain dari itu, saya merasakan rancangan Unit Bencana RTM telah melakukan kerja yang memuaskan di dalam menyampaikan info terkini mengenai peristiwa yang pastinya pernah meninggalkan kenangan pahit terhadap setiap mangsa bencana tersebut dan yang pasti saya akan mengikuti setiap perkembangan positif dari rancangan ini dan akan terus menyokong misi RTM di dalam menyampaikan maklumat ke arah mencapai wawasan negara.

    Yang ikhlas,
    Muhamad Ridzuan DM

    ReplyDelete

Tidak perlu memberi komen selepas 19 November 2009 kerana Unit Bencana RTM sudah tiada lagi.