Friday, 29 May 2009

Mayat Ke-3 Ditemui?

Susulan bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada petang Khamis, 28 Mei 2009.

Pada pukul 12:45 am, 29 Mei 2009, wartawan Unit Bencana RTM, Mohd Shamsul dan Wan Lukman yang berada di lokasi melaporkan bahawa mayat ke-3 sudah dikesan.

Mayat itu tertimbus di bawah runtuhan dan kerja-kerja mengeluarkan mayat masih diteruskan.

Pihak Bomba dan Penyelamat, sehingga pukul 8:30 pagi, 29 Mei 2009, belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penemuan mayat ke-3 ini.

No comments:

Post a Comment

Tidak perlu memberi komen selepas 19 November 2009 kerana Unit Bencana RTM sudah tiada lagi.