Thursday, 18 June 2009

Pengiraan IPU

Nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Karbon Monoksida (CO), Ozon (O3) dan Habuk Halus (PM10).

Menurut maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU.

Pada lazimnya, kepekatan Habuk Halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Menjelang lewat tengah hari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan Ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.

No comments:

Post a Comment

Tidak perlu memberi komen selepas 19 November 2009 kerana Unit Bencana RTM sudah tiada lagi.