Belakangan ini, tersebar berita (khususnya melalui e-mel, SMS dan blog tertentu) bahawa gempa bumi dan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009. .
Penonton Bencana@1 dan pengunjung blog juga ada bertanyakan perkara itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 8 April 2009 mengesahkan bahawa kesahihan andaian itu adalah diragui.
“Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada hubung kait kejadian gempa bumi dan gerhana matahari. Sebagai contoh, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada gempa bumi yang direkodkan berlaku,” kata kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berhubung gempa bumi dan tsunami melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang memantau sepanjang masa.
Laman JMM berhubung kenyataan berkenaan boleh dibaca DI SINI.

Bencana@1 dalam Galeri Perdana@1 pada Isnin, 27 April 2009, 10:30 malam di TV1 antara lain memaparkan pengalaman wartawan Unit Bencana RTM,