Friday, 29 May 2009
Identiti Mayat Ke-4
Mangsa ke-4 yang mayatnya dikeluarkan pada pukul 4:07 petang dikenali sebagai Anuaruddin, 38 tahun.
Mayat Ke-4 Dikeluarkan
Lim Fheng Fheng melaporkan dari lokasi bahawa mayat ke-4 sudah dibawa keluar; tetapi menunggu pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa.
Identiti Mayat Pertama
Mangsa pertama yang mayatnya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan di Seksyen 14, Petaling Jaya semalam dikenal pasti sebagai Alsuki, 53 tahun.
Wartawan Unit Bencana RTM, Lim Fheng Fheng melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad dalam sidang media sebentar tadi mengesahkan, mangsa pertama itu bukan Maskor (28 tahun) seperti dinyatakan dalam kenyataan semalam.

Mayat Ke-3 Dikeluarkan ...
Wartawan Unit Bencana RTM, Lim Fheng Fheng melaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad dalam sidang media sebentar tadi mengesahkan, mayat mangsa ke-3 yang dikesan pada pukul 3:30 pagi tadi berjaya dikeluarkan pukul 2:00 petang tadi.
Identiti mangsa/mayat ke-3: Mukhamad Maskur, 31 tahun.
Identiti mangsa/mayat ke-3: Mukhamad Maskur, 31 tahun.
Mayat Ke-4 Ditemui
Wartawan Unit Bencana RTM, Lim Fheng Fheng melaporkan dari lokasi bahawa mayat ke-4 sudah ditemui.
Belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Belum ada pengumuman rasmi mengenainya.
Mayat ke-3 Sudah Ditemui
Sekitar pukul 8:45 pagi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamad mengeluarkan kenyataan mengenai mayat ke-3 yang dijumpai pada pukul 3:30 pagi.
Mayat itu tidak dapat dibawa keluar lagi kerana tersepit di bawah tiang konkrit.
Tinjauan Bomba dan Penyelamat menggunakan Unit Anjing Pengesan (K-9) mendapati, mungkin ada 4 lagi mangsa di bawah runtuhan.
Wartawan Unit Bencana RTM, Mohd Shamsul Ishak melaporkan, jumlah anggota unit yang terlibat masih kekal seramai 515 orang.

Mayat Ke-3 Ditemui?
Susulan bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya pada petang Khamis, 28 Mei 2009.
Pada pukul 12:45 am, 29 Mei 2009, wartawan Unit Bencana RTM, Mohd Shamsul dan Wan Lukman yang berada di lokasi melaporkan bahawa mayat ke-3 sudah dikesan.
Mayat itu tertimbus di bawah runtuhan dan kerja-kerja mengeluarkan mayat masih diteruskan.
Pihak Bomba dan Penyelamat, sehingga pukul 8:30 pagi, 29 Mei 2009, belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penemuan mayat ke-3 ini.

Thursday, 28 May 2009
Bangunan Runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya
6:08 petang - Uthaya Sankar SB yang bercuti menerima panggilan daripada wartawan Unit Bnecana RTM (Radio), Husna bahawa bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya.Uthaya hubungi Shamsul di Bilik Operai Unit Bencana RTM dan arahkan wartawan dan krew digerakkan ke lokasi.
Yunus (wartawan Meja Jenayah) dan krew juga bergerak ke lokasi.
7:00 malam - Uthaya tiba di Bilik Operasi Unit Bencana RTM. Shamsul, Akmar dan Wan serta jurukamera, Jonet, sedang dalam perjalanan ke lokasi.
Uthaya hubungi Timbalan Pengarah Bomba PJ, Mohd Fuzi untuk mendapatkan maklumat. Juga hubungi wartawan (kedua-dua krew) untuk mendapatkan serta memberi maklumat mutakhir.
Radio dan TV siarkan berita tragedi.
.
[Baca lagi di bahagian comments di bawah]
Sunday, 17 May 2009
Liputan SJK (T) Ladang Selangor River
Krew terdiri daripada Mohd Shamsul Ishak (wartawan), Muzaini Hussin (jurukamera) dan Uthaya Sankar SB (editor).
50 foto terpilih yang dirakam semasa liputan ini boleh dilihat di Facebook. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai ”rakan” boleh mengakses ke ”album foto” yang disediakan.
Saturday, 16 May 2009
SJK (T) Ladang Selangor River
Unit Bencana RTM (03-22827448) menerima panggilan telefon daripada Puan Mageswary pada pukul 11:45 pagi, 16 Mei 2009 (Sabtu), mengatakan bahawa SJK (T) Ladang Selangor River, Batu 7, Kampung Kuantan, Kuala Selangor musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.Pegawai bertugas di Bilik Operasi, Uthaya Sankar SB menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dan mendapatkan pengesahan daripada Ketua Balai, Encik Meon Harun.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada pukul 00:46 tengah malam mengenai kebakaran itu.
“Tiga jentera bomba dengan 17 anggota dari Balai Bomba Kuala Selangor, Batang Berjuntai dan Tanjung Karang berjaya memadam api dalam masa 25 minit,” kata beliau.
95 peratus daripada bangunan sekolah berkenaan musnah manakala hanya sebuah stor berjaya diselamatkan.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Manakala itu, Unit Bencana RTM turut menghubungi Bendahari MIC Kuala Selangor, Encik Kumarasamy Subramaniam yang mengesahkan beliau turut mendapat laporan mengenai kebakaran SJK (T) Ladang Selangor River.
Menurut beliau, ketiadaan sumber air menjadi salah satu punca pihak bomba tidak dapat memadam kebakaran dengan segera.
“Saya juga telah memaklumkan kejadian ini kepada Presiden MIC yang berjanji akan membawa perkara ini kepada perhatian Menteri Pelajaran,” kata Kumarasamy ketika dihubungi Unit Bencana RTM.
TV1 menyiarkan segera “crawling” mengenai kebakaran itu selain menyiarkan berita berbentuk “word story”. Maklumat juga disalurkan ke Berita Radio (Bahasa Malaysia dan Tamil) untuk tindakan susulan.
Nota: Terima kasih kepada Mageswari M. Subramaniam.
Thursday, 14 May 2009
226,086 Penonton Bencana@1
Terima kasih kepada para penonton yang memberi sokongan padu terhadap siaran rancangan Bencana@1 pada Isnin, 20 dan 27 April 2009 – walaupun siarannya hanya sebanyak dua episod.Kajian AC Nielsen menunjukkan jumlah penonton Bencana@1 pada 27 April 2009 adalah seramai 226,086 orang.
Walaupun Bencana@1 hanya bersiaran sebanyak 2 episod, teruskan sokongan saudara terhadap Unit Bencana RTM.
Hubungi kami melalui telefon atau siarkan komen ikhlas saudara di blog ini.
Bukit Gasing, 14 Mei 2009
Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Tuan Azmi Che Mat, PBKII Ahmad Yusliza Yunus dan M. Kalaiyarasan.
Liputan ini dijadual untuk siaran Galeri Perdana pada Isnin, 18 Mei 2009, 10:30 malam di TV1.
50 foto terpilih yang dirakam semasa liputan ini boleh dilihat di Facebook. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai ”rakan” boleh mengakses ke ”album foto” yang disediakan.
Tuesday, 12 May 2009
Liputan di Bukit Gasing
Krew Unit Bencana RTM dijadual membuat liputan mengenai kebakaran hutan di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada Khamis, 14 Mei 2009, 9:00 pagi.Uthaya Sankar SB mengharapkan penyertaan dan kerjasama sesiapa yang boleh tampil memberi wawancara dan maklumat mengenai insiden kebakaran yang berlaku pada Sabtu, 9 Mei 2009 untuk siaran laporan khas TV1.
Sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui talian 012-3368142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my dengan kadar segera.
Subscribe to:
Posts (Atom)